Eternal Love : Chapter 28
Chapter 28
Jaejoong POV
Aku membuat keputusan untuk tidur di rumah keluargaku.Esok pagi,aku akan terus pulang ke rumah,sebelum terus pergi ke sekolah untuk mengajar seperti biasa.
Aku membuka pintu bilik tidurku,ianya masih sama seperti dahulu.Juga,tiada sebarang kekotoran di bilikku itu.Mungkin omma sudah menyuruh orang gaji untuk membersih bilikku.
Aku duduk di katil yang sudah lama tidak kududuki setelah sekian lama.
Album gambar aku ambil dari laci meja.
Gambar-gambar sewaktu aku di sekolah menengah dahulu.Bersama Yunho,Yoochun,Junsu dan Changmin.
Aku tersenyum sendirian.
Selepas itu,aku membaringkan diriku di atas katil.Beberapa ketika kemudian,aku sudah terlelap.
*****
Your POV
Aku memegang telefon bimbitku.Aku hendak menelefon Jaejoong,namun berasa takut untuk menelefon dia.Ah!Mengapa begini?!Sebentar tadi,baru saja aku menelefon Yoochun untuk meminta nombor telefon Jaejoong.
Walaupun tadi aku diusik oleh Changmin,Junsu,Yunho serta Yoochun,aku buat-buat tidak tahu akan usikan mereka itu,walaupun mukaku sudah merah padam.
Aku mendail nombor telefon Jaejoong.Aku menarik nafas,dan menelefon dia.
Aku mengeluh kecil,kerana panggilan tidak berjawab.Sekali lagi aku cuba mendial nombor telefonnya.Sekali lagi juga,panggilan tidak berjawab.Jam baru saja ke pukul 9:40 malam.
Takkan dia sudah tidur?
Tadi,Yoochun memberitahu,yang Jaejoong ke rumah keluarganya.Mungkin dia sibuk dengan keluarganya,sebab itulah dia tidak menjawab panggilanku.Aku meletakkan semula telefon bimbitku di atas meja.
Aku menutup lampu bilik dan terus tidur.
*****
Keesokkan harinya,aku sampai ke sekolah dengan cepat.Di dalam kelas,kelihatan Hyun Chul sedang membuat ulang kaji.Aku menyapa dia,sebelum duduk di tempatku sendiri.
Aku jarang berbual dengan Hyun Chul.
Walaupun sudah hampir dua tahun kami menjadi rakan sekelas.Aku juga kadangkala tidak perasakan akan kehadirannya di kelas kami sendiri.Agaknya aku ni memang tidak peka dengan keadaan kelas gamaknya.
Kemudian,Taemin pula muncul,dia pastinya baru sampai.Aku juga menyapa dia.
Taemin.Dia salah seorang geng SHINee,Key juga terlibat bersama dia,juga dengan Jonghyun.Salah seorang ahli mereka,Minho,abang kepada Min Jung dikatakan akan kembali semula,setelah dua tahun di luar negara.
“In Young-ah...” panggil Taemin. “Kenapa awak panggil saya?” tanyaku.
“Ermm...saya nak tanya awak sesuatu,” Taemin duduk di sebelahku. “Tanyalah,” kataku. “Awak...awak dah ada teman lelaki?” tanya Taemin dengan sikap pemalunya.
Aku terdiam untuk seketika.
Serta-merta,aku teringatkan Jaejoong.Dia kan teman lelaki aku,sejak tiga tahun dulu.Ahh...benarkah hubungan kami masih seperti dulu?Ataupun...sekadar biasa saja?
“Maafkan saya,saya tak dapat nak beritahu awak pasal ni.Mungkin lain kali je saya bagi jawapannya.” balasku dengan rasa serba-salah pada Taemin. “Gwaenchana,In Young-ah...saya faham.” dia bangun dan duduk di tempatnya semula.
Aku memeriksa telefon bimbitku.Jaejoong masih tidak menelefonku semula.
Aku menongkat daguku di atas meja.
Jam tangan aku pandang.Sudah hampir ke pukul 7:10 pagi.
Aku mengeluh kecil.
*****
Jaejoong POV
Aku bangun dari tidurku.Aku melihat jam loceng di meja belajarku.Mataku yang hanya separuh terbuka menjadi besar.Alamak!Aku sudah lambat!Aku terus mengambil barangku,dan turun ke bawah.
“Jaejoong!Nak ke mana tu?” tanya omma yang sedang makan di ruang makan,bersama Jae Kyung.
“Balik.Saya dah lambat nak pergi sekolah ni,omma!” aku membalas. “Eh,oppa kan dah habis sekolah?” hairan Jae Kyung dengan kata-kataku.
“Oppa kamu mengajar dekat sekolahlah...” balas omma pada Jae Kyung.
“Oh...oppa!Hari ni oppa tak payahlah pergi kerja!Ambil MC,” cadang Jae Kyung.Aku yang berdiri di hadapan mereka hanya menggeleng. “Tak bolehlah,Jae Kyung.Eh,kamu tak sekolah ke hari ni?” tanyaku.
“Tak!Budak ni nak tukar sekolah,katanya...” omma yang menjawab pertanyaanku itu.
“Wae,Jae Kyung-ah?”
“Nak pergi sekolah yang best.Sekolah lama tu boringlah,oppa.” adu Jae Kyung dengan manja.
“Macam-macamlah kamu ni...” aku menggeleng dengan perangainya.Usia Jae Kyung kini sudah mencecah ke usia 17 tahun.
“Hmm...apa kata kamu masukkan Jae Kyung ke sekolah tempat kamu mengajar tu?” cadang omma,yang sudah selesai makan. “Boleh je,omma.Tapi,tak tahulah kalau budak ni nak...” aku berkata,dan menjeling Jae Kyung.
“Jae Kyung okay je...” sengihnya.
“Kalau macam tu,jom pergi daftar masuk,bawa fail peribadi kamu.” arahku. “Sekarang ke oppa?Malaslah...nak duduk dekat rumah...esok boleh?” dia membuat muka comelnya padaku.
“No...esok oppa tak datang sini dah...” balasku,dengan berpeluk tubuh.
“Ermm...okey.” Jae Kyung bangun dan naik ke biliknya. “Jae...makanlah.Kamu jangan biarkan perut kamu kosong,” pesan omma. “Tapi,saya belum cuci muka lagilah...” kataku dengan sengihan.
Omma ketawa. “Pergi cuci muka.Lepas tu makan.Kemudian barulah balik,dan ke sekolah.” ujar omma dengan prihatin.Aku naik ke bilikku dan mencuci muka serta menggosok gigiku di bilik air.
Mujurlah ada berus gigi tambahan di dalam laci meja.
Selepas itu,aku turun semula dan menjamah sedikit makanan.Jae Kyung sudah menunggu di ruang makan.Dia memakai baju uniform sekolah lamanya.
Aku melihat jam di dinding.Baru saja menginjak ke pukul lapan pagi...
Aku menelan roti yang disapu dengan jem strawberi.Kemudian,aku menghirup air teh yang dituang oleh omma.
“Okey!Jom!” ajakku.Aku memeluk omma sebelum keluar dari rumah.Lain kali,aku pasti akan ke sini semula.
Aku memandu keretaku ke rumahku,maksudku,rumah yang aku kongsi bersama lagi empat orang rakanku.
“Jae Kyung,tunggu kejap,ya?Oppa nak mandi,then bersiap.” kataku pada Jae Kyung.Di mengangguk,dan duduk di dalam kereta.
“Hyung!Kenapa lambat balik!” sebaik saja aku membuka pintu,Changmin dan Junsu menyapa. “Hyung bangun lambat!Ke tepi!Hyung nak bersiap!” aku menyuruh mereka memberi laluan padaku.
“Eh,siapa budak perempuan tu?” tanya mereka berdua. “Jae Kyung!Adik hyung yang bongsu tu!” balasku,sebelum naik ke bilikku.
*****
Your POV
Aku tidak nampak kelibat Jaejoong di kawasan sekolah pada hari ini.Dia jatuh sakitkah?Hatiku menjadi risau dan tidak keruan.
Selepas ini,waktu subjek Sains akan bermula.Dia masih tidak memunculkan diri di hadapan kelas.Aku baring di mejaku.
“In Young,kenapa kau ni?” tanya Min Jung. “Aku okey.” balasku dengan malas.
“Bangun!” Hyun Ki berkata.Aku terus bangun.Jaejoong!Aku tersenyum kecil melihat kemunculannya.Namun,aku agak hairan dengan kehadiran seorang gadis yang cantik di sebelahnya.
Kami memberi ucapan padanya,dan duduk.
“Kelas,hari ini,korang akan menerima rakan baru.” kata Cikgu Kim. “Annyeong!Kim Jae Kyung imnida!” gadis itu memperkenalkan dirinya.Senyuman diberikan pada kami.
Kim Jae Kyung...
Aku menghafal nama gadis itu.
“Okey,Jae Kyung.Awak boleh duduk di sebelah In Young.In Young,sila angkat tangan awak!” ujar Cikgu Kim sambil memandangku.Aku mengangkat tanganku.
Jae Kyung duduk di sebelahku.
“Saya Park In Young...” aku memperkenalkan diriku. “Kim Jae Kyung.Nice to meet you...” senyum Jae Kyung. “Nice to meet you too!” balasku.
Kami memulakan sesi pembelajaran.Aku berkongsi buku teks dengan Jae Kyung,kerana dia baru saja masuk ke sekolah ini.
*****
Selepas itu,waktu rehat bermula.Aku diarahkan oleh Cikgu Kim untuk menemani Jae Kyung menguruskan pendaftarannya,dan segala hal yang berkaitan.
Aku juga mengajak Min Jung bersamaku.
“Jae Kyung.Awak sebelum ni sekolah dekat mana?” tanyaku. “Kirin Art High School...” balas Jae Kyung. “Oh,sekolah tu kan popular?”
“Yup,tapi saya nak sekolah dekat tempat lain.Bosan pulak...” kata Jae Kyung dengan tawa.
Aku dan Min Jung mengangguk.
“Lepas ni,kami akan teman awak beli buku dan ambil buku teks.Also,kami akan teman awak jumpa cikgu yang uruskan hal kokurikulum,” beritahuku. “Arraso,In Young-ah...”
“In Young...awak ni baiklah!Saya suka berkawan dengan awak,juga dengan awak,Min Jung!” kata Jae Kyung. “Gomawo...” ucap aku dan Min Jung.
Kami makan makanan yang kami beli di kantin,sebelum aku mengajak Min Jung dan Jae Kyung ke kedai buku.
*****
Waktu aku hendak pulang,aku terlihat Jae Kyung berbual dengan Jaejoong.Mereka kelihatan mesra.Ada sesuatu yang membuatkan aku berasa sedih...
Apa hubungan Jae Kyung dengan Jaejoong?
Aku mengetap bibir,sebelum berlari pulang ke rumah.
Aku memegang dadaku yang terasa sakit.Aku akui...aku sedang cemburu ketika ini.
Comments