Eternal Love : Chapter 33








Dbsk - Unforgettable


Chapter 33:Past 3 [Flashback]

Your POV

Selepas hari itu,aku dan kakakku,telah berjanji untuk menyimpan rahsiaku itu.Walaupun aku masih tidak dapat memastikan sama ada aku benar-benar mengandung,aku masih cuba untuk menafikan perkara itu.

Perkara ini terlalu cepat berlaku dalam hidupku.

“In Young,kenapa kamu dah macam dah berisi?” tanya salah seorang rakan sekelasku.Aku pandang rakan sekelasku itu. “Berisi?”

“Ya,perut awak tu macam dah berisi je,awak happy ke sekarang ni?” tanyanya lagi.Aku pandang perutku,yang ditutup dengan baju uniform sekolah yang kupakai.

“Ermm,haah,” aku membalas,dengan senyuman plastik.Kemudian,aku ke tandas,untuk melihat sendiri keadaanku kini.Aku pandang cermin di tandas.Figura bentuk badanku terpancar di cermin itu.

Aku memegang perutku.Betulkah aku mengandung?

Adakah keputusan itu benar-benar sahih?

Aku mengigit bibirku.

*****

No One POV

“Apa yang hyung tengah termenungkan tu?” tanya Max yang sedang makan snek yang dia rembat tanpa pengetahuan Xiah.

“Tak ada apa-apalah,” balas Young Woong dengan senyuman yang tidak berapa hendak menjadi.

“Saya tahu,hyung rindukan dia,” kata Max,seperti dia dapat meneka isi hati hyungnya itu.Young Woong memandang Max dengan perasaan terkejut. “Nampak sangat ke?” tanya Young Woong.

Max yang sedang mengunyah snek,mengangguk dengan laju.

“Ahh...betullah tu.Hyung rindukan dia.Hyung terseksa dengan perasaan ni.Hyung rasa menyesal.” beritahu Young Woong tanpa disuruh.Max tekun mendengar,tanpa menyampuk langsung.

“Suatu hari nanti,hyung mesti dapat jumpa dia balik.Kalau dia ditakdirkan untuk bersama dengan hyung,percayalah...yang hyung akan temui In Young semula,” kata Max dengan yakin.

Young Woong mengeluh kecil. “Boleh percaya ke?”

“Terpulanglah,hyung...” balas Max.

Young Woong memikirkan kata-kata Max itu.

“Yahh!Shim Changmin!Kau makan snek aku ke?!” jerit Xiah,dengan kuat.Max yang sedang makan,hanya tersengih. “Diamlah,dolphin!” jerit Max pula.

Young Woong hanya ketawa. “Kau tunggulah...aku akan ajar kau cukup-cukup!” kata Xiah dengan kuat.Xiah berada di...mungkin di dapur. “Buatlah!” cabar Max.

Sabar jelah...kata Young Woong dalam hatinya.

“Hyung!Minggu depan kita ada konsert kan?” tanya Max.Young Woong mengangguk. “Dekat Tokyo Dome.” balasku.

“Ahh...mesti best kan?”

Setelah Tohoshinki debut di Jepun,mereka telah menjadi antara artis luar negara yang popular di sana.Jadi,pihak syarikat rakaman telah menerima jemputan khas untuk Tohoshinki,supaya membuat persembahan di Tokyo Dome.

*****
Your POV

Aku pulang ke rumah,dengan pelbagai perasaan yang membelenggu fikiranku.Aku lihat sekitar rumah yang sunyi.Baru aku teringat,hari ini kakakku ada kelas.

Aku naik ke bilik,dan berbaring untuk seketika.

Aku memegang perutku semula.Betulkah perutku sudah berisi?

Aku naik ke bilikku.Aku berbaring di katil,dan tidak berapa lama kemudian,aku terlelap.

*****

Hye Young POV

Aku membuka pintu rumah.Eh,kenapa tidak berkunci?Ah!Aku lupa tentang adikku,In Young.Mungkin dia sedang berehat di biliknya.Suasana di rumah sunyi,kerana ibu bapa kami sibuk dengan kerja mereka.

Adik lelakiku,Jin Young,jenis yang tidak suka melekat di rumah.Dia sering keluar untuk bertemu dengan rakan-rakannya.

Berbanding Jin Young,In Young lebih suka duduk di rumah.Dia jarang sekali keluar dari rumah.Dia juga jenis yang tidak punyai ramai rakan,kerana,Jin Young memberitahu,In Young jenis yang suka bersendirian.

Hmm...

Aku cuma hairan dengan suatu perkara.Benarkah In Young mengandung?Persoalan ini bermain di fikiranku,sejak seminggu yang lalu,ketika aku membawa In Young ke farmasi.

Jika benar,sejak bila dia mempunyai teman lelaki?Kenapa dia tidak memberitahu aku ataupun Jin Young?

Umur aku dan In Young agak jauh,kerana aku sudah hampir berumur 20 tahun.

Aku melihat bekas makanan yang kubeli untuknya.Pastinya dia belum makan apa-apa sejak pulang dari sekolahnya.Aku meletakkan bekas makanan itu di dapur.

Aku melangkah naik ke atas.Aku lihat wajah In Young yang sungguh comel sewaktu tidur.Aku membelai rambutnya. “In Young,bangunlah...” panggilku dengan lembut.

“Unnie...” In Young bangun. “Kenapa sejak akhir-akhir ni kamu selalu tidur lepas balik sekolah?” tanyaku dengan prihatin.Dia sering tidur,selepas pulang dari sekolah.

Selalunya,dia akan menonton televisyen di ruang tamu.Tidak pun,duduk di dapur.

“Entahlah unnie.In Young rasa penat sangat.” balas In Young,sambil menggosok matanya.

“Hmm...pelik juga,ya?Kamu jarang tidur lambat.” kataku.

“Sudahlah.Jom,teman unnie makan.Mesti kamu tak makan lagi kan?”

In Young mengangguk.Aku memegang tangannya,dan kami melangkah turun ke dapur.Aku menyuruh In Young duduk di ruang tamu,sementara aku membawa makanan yang dibeli.

“Ahh!Unnie beli sup!” kata In Young dengan riang. “Kenapa?”

“Tadi In Young mimpi makan sup.Mashita!” balas In Young,sambil membuat aksi seolah-olah dia sedang makan sup.Aku menggeleng melihat telatahnya.

“Ohh...makanlah.Sementara panas...nanti kalau sejuk dah tak sedap dah,” aku meletakkan sup di hadapannya.In Young menghirup sup dengan penuh nikmat.

Aku melihat dia. “Kamu mengidam ke?” terlepas pertanyaan itu dari mulutku.In Young memandangku dengan terkejut. “Tak tahu.Tapi...mungkin!” balas In Young dengan gembira.

Kami masing-masing menikmati makanan yang kubeli.

“Tadi mummy telefon.”  ujarku,setelah selesai makan.In Young juga sudah selesai menghabiskan makanannya. “Ermm,mummy ada cakap apa-apa ke?” tanya In Young.

“Yup,dia kata,minggu depan,kita semua akan pergi bercuti ke Tokyo!” beritahuku dengan perasaan yang sungguh teruja. “Seriously?” In Young tidak percaya.

Aku mengangguk. “Yay!” dia menjerit kegembiraan. “Also...minggu depan,Tohoshinki akan buat performance dekat Tokyo Dome!” beritahuku lagi.

“Oh my god!Unnie!In Young nak pergi!” jerit In Young,penuh dengan keterujaan.

“Kenalah tunggu minggu depan!” kataku dengan tawa.

*****

Your POV

Aku teruja,gembira dengan perkhabaran daripada kakakku itu.Aku berharap,dan berhasrat untuk menemui Young Woong di sana.Semoga percutianku di sana akan dipenuhi dengan kegembiraan.

“Sukalah tu...sebab nanti dapat jumpa Young Woong!” usik kakakku.

Aku menunduk,malu dengan usikannya.

“Alah,unnie pun sama!Nak jumpa dengan U-Know oppa!” aku sengaja menyebut perkataan oppa,kerana kakakku sering memanggil U-Know sebagai U-Know oppa.

Kakakku memukul lenganku.Aku hanya ketawa dengan tindakannya itu.

“Nanti kamu nak pergi buat pemeriksaan dekat hospital ke?” tiba-tiba Hye Young menanya tentang itu.Aku terdiam untuk seketika.Aku mengangkat bahu.

“Jangan takut.Unnie akan temankan kamu.Juga,kalau betul kamu mengandung,unnie akan tolong kamu untuk beritahu mummy dengan daddy,” ujar Hye Young,dia seolah-olah memberi semangat padaku.

Aku memeluk kakakku dengan erat. “Saya takut,unnie...” beritahuku dengan sedih. “Syhh...jangan takut,unnie ada untuk sokong kamu dari belakang,” balas Hye Young.

Aku mengangguk.

Comments

Popular Posts