Eternal Love : Chapter 39
http://www.youtube.com/watch?v=ew739-bD5pM (Listen to:Rumor-DBSK)
Chapter 39:Rumor (Part 1)
Your POV
Pagi ini,aku lambat hadir ke sekolah,kerana semalam aku tidur lewat,hampir ke pukul 2 pagi baru aku tidur.
Aku menguap.Aku sebenarnya masih lagi mengantuk,kerana tidur yang tidak mencukupi.Aku turun dari kereta yang dipandu oleh pemandu keluargaku.
Biasanya aku selalu berjalan kaki untuk ke sekolah,kerana aku tidak mahu menyusahkan pemandu keluargaku yang perlu berulang-alik untuk menghantar aku dan daddy ke tempat yang kami hendak tujui.
“Ahjusshi,maaf ya?” ucapku pada pemandu keluargaku.
“Waeyo,agashi?”
“Saya rasa bersalah,sebab susahkan ahjusshi,kena hantar saya.Tapi,hari ni je saya minta ahjusshi hantar saya,” aku memberitahu sebab mengapa aku memohon maaf.
Pemandu keluargaku,Encik Jang tergelak.
“Kenapa pula susahkan saya?Lagipun,agashi kan anak majikan saya.Dah jadi kerja saya untuk hantar agashi ke sekolah,” balas Encik Jang. “Saya tak nak susahkan ahjusshi.Cuma hari ni je saya tak mahu jalan kaki ke sekolah,” aku tetap dengan kata-kataku.
“Baiklah,agashi.”
Aku mengangguk.
Kereta yang dibawa oleh Encik Jang hilang dari pandanganku.Aku melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah.Semua orang memandangku.Ada juga yang berbisik sesuatu antara satu sama lain.
Aku hanya berjalan,tanpa mempedulikan pandangan mereka.
“In Young!” aku dipanggil.Aku pandang ke belakang.Na Eun dan Hyuna berdiri di hadapanku. “Wae?” tanyaku. “Hmmm...boleh aku tau sesuatu?” soal Hyuna.
“Tanyalah,”
“Kau ni pewaris Park Corporation,ke?” tanya Hyuna dan Na Eun.Aku agak tersentak dengan pertanyaan mereka berdua. “Korang nak aku jujur ke?” aku menanya lagi.
“Semestinya!Kami tak nak kau sembunyikan apa-apa,” kata Hyuna.Aku menelan liurku. “In Young,walaupun kami bukan kawan baik kau,kami tetap nak tahu tentang kau.” kata-kata Na Eun menyebabkan aku berasa bersalah.
“Ya,In Young.Walaupun kami tak serapat kau dengan Min Jung,” sampuk Hyuna.Ah!Dengan Min Jung pun,aku langsung tidak memberitahu dia,tentang diriku yang sebenar.
“Nanti.Aku akan beritahu korang.Waktu rehat nanti,korang jumpa aku dekat kantin.” aku membalas,sebelum menuju ke loker milikku.
*****
Di dalam kelas,suasana yang bising menjadi senyap dan sepi selepas sahaja aku masuk ke dalam kelas.Aku memandang mereka dengan hairan. “Waeyo?Ada apa-apa yang berlaku ke?” tanyaku pada mereka semua.
Hyun Ki,Key dan Min Jung berjalan ke arahku.Mereka menunjukkan beberapa helai kertas A4 yang tercetaknya gambarku dan sebuah artikel.
Pewaris Park Corporation,Park In Young memunculkan dirinya untuk kali pertama,sebagai salah seorang pewaris syarikat keluarganya.
Aku mengigit bibirku,selepas membaca artikel itu.Aku mengangkat wajahku,dan memandang mereka bertiga.Min Jung seperti terkilan denganku.Ekspresi wajahnya membuatkan aku berasa sungguh bersalah ketika ini.
Aku menarik nafas.
“Aku akan jelaskan semuanya.Min Jung-ah,don’t hate me,” kataku dengan rayuan.Min Jung mengangguk dengan lemah.Aku ke tempat dudukku.Aku merasakan semua rakan sekelasku memandangku aku ketika ini.
Aku berasa rimas tatkala ini.
Arghh!aku menjerit dalam hati ini.
Aku mengerling ke sebelah tempat duduk Min Jung.Dia kelihatannya sedang membaca buku,aku tahu,dia sedang menyembunyikan perasaan terkilan dan kecewanya itu.
“Bangun!” suara Hyun Ki memecahkan kesunyian di kelas.Cikgu Kim aka Jaejoong masuk ke dalam kelas.Dia memandang kami semua dengan kehairanan.
“Kenapa korang senyap hari ni?” tanya Cikgu Kim.Tiada siapa pun yang hendak menjawab.Aku pula menundukkan wajahku.Suasana menjadi sungguh janggal.
“Selamat pagi,cikgu,” ucap Hyun Ki.Aku dan semua rakan sekelas mengucapkan selamat pagi kepada Cikgu Kim.Setelah Cikgu Kim menyuruh kami duduk,Jae Kyung masuk dengan kelam-kabutnya.
“Maafkan saya,op...eh!Cikgu Kim!” dia menunduk.Hampir-hampir saja dia memanggil Cikgu Kim sebagai oppa.Aku tersenyum kecil melihat telatahnya itu.
Cikgu Kim mengangguk,sebelum memandang Jae Kyung dengan tajam.
Jae Kyung tersengih padaku,sebelum duduk di tempatnya.
Sesi pembelajaran dimulakan.
*****
Jaejoong POV
Aku masuk ke dalam kelas 5-A.Aku mendapati,suasana di kelas itu senyap dan sunyi!Apa yang berlaku hari ini?Sehinggakan langsung tiada satu suara pun kudengar.
Ada gempa bumi yang dashyat ke?
“Kenapa korang senyap hari ni?” tanyaku,dengan persoalan yang sungguh hairan dengan mereka semua.
Semua pelajar di kelas itu tidak menjawab.In Young juga tidak berkata apa-apa,dia hanya menundukkan wajahnya.
“Selamat pagi,cikgu!” ucap ketua kelas 5-A,Hyun Ki.
Aku mengangguk sebelum menyuruh mereka semua duduk.Pintu kelas 5-A diketuk,munculnya Jae Kyung yang kelam-kabut masuk ke dalam kelas. “Maafkan saya,op...eh!Cikgu Kim!” Jae Kyung meminta maaf.
Hampir-hampir saja dia mahu membuatkan aku kantoi untuk hari ini.Aku memandang Jae Kyung dengan pandangan yang tajam.Dari ekor mataku,aku dapat melihat senyuma kecil dari bibir In Young.
Jae Kyung berjalan ke tempat duduknya.
Aku mula mengajar subjek Sains.
Beberapa ketika kemudian,telefon bimbitku berbunyi. “Cikgu keluar sebentar,” aku meminta diri ke luar kelas.Aku menjawab panggilan. “Yeoboseyo?”
“Yeoboseyo,Jaejoong-ah?” suara manager kami,Manager Han. “Wae,hyung?” tanyaku. “Tak ada apa-apa,cuma Presiden cakap dia puas hati dengan persembahan semalam,” beritahu Manager Han.
“Ohh...okey.” aku mengangguk.
“Cuma...ada khabar angin pasal kamu tersebar di internet,” ujar Manager Han. “Oh,jinjja?” aku agak terkejut. “Hmm,pasal kamu dengan pewaris Park Corporation,Park In Young,” beritahu Manager Han dengan serius.
Aku tidak berapa terkejut dengan perkara itu.Senyuman terukir di bibirku. “Tak mengapa,hyung.Saya akan uruskan.” aku membalas. “Okey,” sejurus itu,perbualan kami ditamatkan.
Aku berjalan masuk ke dalam kelas 5-A semula.
A/N:Agashi bermaksud cik dalam bahasa korea ^^ aku malas nak tulis cik,saje2 tulis agashi XD Well,watak Taemin,Hyunchul,Hyun Ki,Key,Hyuna,Min Jung dan lain2 cuma watak sampingan je -.-" tsk...dorang jarang munculkan diri,sebab author dia yang malas nak buat POV byk2 -..- karang semak je story ni ._. Also,skrg ni aku letak link lagu je,sebab malas nak godek code byk2...pening kepala dibuatnya ~.~ *bebel banyak2* XD
Comments