Eternal Love : Chapter 27






Dbsk - Miduhyo


Chapter 27

Your POV

“Mama!” sewaktu kami sedang berada dalam dunia kami,suara Young Jae memecahkan kesenyapan kami.

“Ne?Waeyo,Young Jae?” aku menanya Young Jae.Bibirnya comot kerana makan aiskrim.Jaejoong mengelap bibir Young Jae menggunakan tisu.Aku melihat mereka berdua.

“Kenapa ahjusshi ada dekat sini?” tanya Young Jae. “Ahjusshi datang dengan kawan-kawan,” balas Jaejoong sambil tersenyum.

“Ahjusshi suka makan aiskrim tak?”

“Suka.Ahjusshi suka perisa coklat,” kata Jaejoong.

“Jinjja?Samalah!Young Jae pun suka coklat!” Young Jae tersengih,dia menyuap aiskrim ke mulutnya.

“Hyung,ni aiskrim coklat yang hyung pesan,” Yoochun meletakkan mangkuk aiskrim coklat di hadapan kami.Aku melihat Jaejoong makan aiskrim itu.

“Awak nak ke?” tanya Jaejoong.Aku hanya diam,dan menunduk. “In Young,” panggil Jaejoong. “Hmm?” aku pandang ke atas,dan mulutku disuap dengan sesuatu cecair yang agak sejuk.

Aiskrim!Jaejoong ketawa melihat aku yang kelihatan terkejut.Aku memukul lengan Jaejoong.Aku mengambil satu lagi sudu,dan menyuap pada Jaejoong.

Kami saling bersuapan.Young Jae memandang kami.

“Ahjusshi kenal papa saya tak?” tanya Young,secara tidak langsung.Aku berhenti menyuap aiskrim,dan memandang Young Jae.Young Jae memberi muka yang agak sedih padaku.

“Kenapa Young Jae tanya?” soal Jaejoong.

“Mama kata,Young Jae ada papa.” jawab Young Jae.Jaejoong merenungku.Aku mendiamkan diriku.

“Ermm...Young Jae bukan anak kakak mama ke?” soal Jaejoong lagi.

“Young Jae anak mamalah,ahjusshi!Omma tu cuma auntie Young Jae je!” balas Young Jae dengan petah.

Jaejoong mengangguk.Dia mengusap kepala Young Jae.Aku masih tidak berkata apa-apa.

*****

Sekali lagi,Jaejoong mendiamkan dirinya,selepas pertanyaan daripada Young Jae itu.Aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.Young Jae juga sudah habis makan aiskrimnya.

Jaejoong tidak menghalangku.Aku mengucapkan selamat tinggal pada Puan Park,dan mereka yang lain.

Aku menumpang teksi untuk pulang ke rumah.

*****

“In Young,” mummy menegurku.

“Hmm?”

“Kamu ada masalah ke?” tanya mummy.Aku mengangkat bahu. “I meet him.” kataku.

“Siapa?”

“Young Woong...” aku menyebut dua nama itu.

“Bila?” mummy agak teruja. “He is...my own teacher...” aku menutup mukaku.

“Cikgu?Yang mana satu ni?” mummy tidak faham dengan kata-kataku.

“Cikgu Kim Jaejoong.Yang hantar In Young balik hari tu,” kataku.

“Really?!Mummy dah agak dah...”

Aku pelik dengan kata-kata mummy itu.Apakah maksudnya itu. “Mummy memang dah agak dia tu Young Woong,kamu je yang tak sedar,” ujar Mummy,dengan membelai rambutku.

“Jadi,kamu dah beritahu pasal Young Jae?”

Aku menggeleng.Aku masih tidak bersedia untuk memberitahu dia tentang Young Jae. “Jadi,nama keluarganya ialah Kim?” mummy berkata.Aku mengangguk.

“Jadi,Young Jae ialah Kim Young Jae,sebab dia adalah pewaris Kim Jaejoong,iaitu Young Woong.” ulas mummy.Aku mengeluh. “Mummy,In Young kena tukar nama keluarga Young Jae.Dalam surat lahir dia tu...” kataku.

“Mummy akan uruskan.”

“Okey,” aku akur. “Lagi dua hari,majlis tu akan diadakan.Kamu kena bersiap sedia.Kamu akan berjumpa dengan anak kawan daddy kamu tu.” kata mummy.

Sekali lagi aku mengeluh.

I don’t want.” sepatah aku membalas.

“Jangan main-main,Park In Young!Daddy tak mahu kamu malukan dia!” ujar mummy,dia agak marah padaku. “Okay!Fine!” aku membentak. “Hmm...kamu kena ikut cakap daddy dan mummy kali ni,”

Aku memeluk tubuh.Young Jae sudah pun tidur,selepas makan malam.

*****

Jaejoong POV

Telefon bimbitku berbunyi.Aku yang sedang berbaring,memikirkan tentang Young Jae dan In Young hanya mendengus kecil.

“Hello?”

“Jaejoong-ah...ni appa,” suara appa membuatkan aku melihat skrin telefon bimbitku.

“Appa,kenapa call?” tanyaku.

“Appa nak call pun tak boleh ke?” soal appaku,memberikan persoalan padaku. “Hmm...bukan tak boleh...” kataku.

“Appa nak kamu balik ke rumah,sekarang...” arah appa dengan tegas,sebelum dia menamatkan panggilan.Aku terpinga-pinga selepas dia berkata.

Aku melihat jam di dinding bilik tidurku.Aku bangun,mencapai wallet,telefon bimbitku dan kunci keretaku.

Aku turun ke bawah dan berjalan keluar dari rumah. “Hyung,nak pergi mana tu?” tanya Junsu. “Ermm,ada hal keluarga.Mungkin esok baru hyung balik,” balasku,juga memberi pesan.

Junsu mengangguk.Aku terus menghidupkan enjin kereta sebelum memandu keluar menuju ke jalan raya.Aku memandu kereta dengan kelajuan yang agak laju juga.Mungkin ada hal mustahak yang ingin appa beritahuku.

*****

Vila keluargaku tampak masih seperti dulu.Seperti sewaktu aku keluar meninggalkan vila ini.

“Tuan muda Kim?” butler keluargaku,Butler Lee menegurku.Aku mengangguk,sebelum tersenyum.Aku masuk ke dalam rumah. “Jaejoong!” aku sekali lagi ditegur.

Kim Hyun Joong,abang sulungku berdiri di hadapanku. “Hey,bro!” aku membalas tegurannya. “Dah lama kita tak berjumpa...” kata Hyun Joong.Aku mengangguk.

Kami bersembang tentang diri kami sehinggalah omma kami datang menyapa.

“Jaejoong-ah...kamu balik akhirnya...” omma terus memelukku. “Saya balik sekejap je,omma,” balasku. “Tak mengapa,asalkan kamu balik,” omma mencubit pipiku.

Hyun Joong ketawa.Omma masih melayanku seperti budak kecil!

“Mana Jae Kyung?” aku melihat sekeliling rumah yang kelihatan agak sunyi. “Budak tu...kalau ada kawan ajak keluar,takkan nak melekat dekat rumah!” kata omma.

Aku hanya senyum,mendengar jawapan daripada omma. “Jaejoong,baguslah kamu dah sampai,” appa muncul,dia masih kelihatan segak seperti dulu.

Kami berempat duduk di ruang tamu.

Appa membetulkan suaranya,sebelum memandangku. “Dengar kata,Tohoshinki dibubarkan,betul ke?” soalan pertama ditanya oleh appa. “Tak,kami cuma berehat untuk setahun,” jawabku.

“Kalau macam tu,sekarang kamu buat apa?” tanya appa. “Mengajar dekat Shinhwa High School,” jawabku lagi.Hyun Joong dan omma tidak tidak menyampuk langsung perbualan kami.

“Mengajar?Baguslah...tu...appa ingat,appa nak offer kerja dekat syarikat kita tu,kamu boleh tolong abang kamu...tapi,memandangkan kamu dah kerja sebagai cikgu,appa takkan tanya pasal kerja lagi,” ujar appa denga serius.

“Apa tujuan appa suruh saya balik?” tanyaku.Takkanlah dia hendak menyuruh aku pulang hanya kerana ingin menanya tentang perkembangan diriku kini?

“Appa ada kawan baik sejak sekolah menengah.Kami juga rakan perniagaan.Lagi dua hari,kawan appa tu akan adakan majlis ulangtahun syarikat dia.Jadi,appa nak temukan kamu dengan anak dia,” beritahu appa.

Aku hanya mengangguk.Ahh...mestinya appa ingin aku berkenalan dengan anak rakannya.

“Kamu kena setuju,sebab appa dah buat janji dengan dia!” tegas appa.Aku mengangguk lagi. “Saya tak kisah pun,appa.” kataku.Hyun Joong memandangku,dengan pelik.Aku tidak menghiraukan pandangannya itu.

“Baguslah...” balas appa dengan wajah yang gembira.

“Kamu dah makan ke?” tanya omma,selepas appa tidak lagi berkata. “Belum,sebab tadi terlelap.” ujarku,dengan berbohong.Sebenarnya aku tidak makan,kerana memikirkan hal In Young dan Young Jae.

“Kalau macam tu,pergilah makan.Omma tak nak kamu sakit,” pesan omma,dengan penuh prihatin. “Baik,omma,”

Omma masih lagi seperti dulu,masih dipenuhi dengan perasaan penyayangnya.Aku mempunyai tiga orang adik-beradik,termasuk dengan diriku.

Hyun Joong anak lelaki sulung,manakala,aku anak lelaki bongsu,ataupun kedua,adik perempuanku,Jae Kyung,merupakan anak perempuan bongsu dalam senarai adik-beradikku.

Hyun Joong dan aku meminati muzik,Jae Kyung juga,namun Hyun Joong memilih untuk membantu appa dalam perniagaannya,kerana dia adalah anak sulung lelaki yang paling appa harapkan untuk mewarisi perniagaanya.

Aku pula,sebenarnya cita-citaku sebagai seorang penyanyi ditentang oleh appa,kerana appa ingin aku mengikut jejak langkah Hyun Joong sebagai ahli perniagaan.Namun,aku tidak mahu,kerana aku ingin mencapai cita-citaku itu.

Oleh itu,aku sanggup melarikan diri dari rumah semata-mata hendak mencapai cita-citaku sebagai seorang penyanyi.

Mujurlah,selepas beberapa tahun kebelakangan ini,appa mula berbaik denganku semula,dia juga merestui aku untuk terus menjadi sebagai seorang penyanyi.

Cuma...aku belum memberitahu tentang In Young pada keluargaku.Dapatkah mereka menerima In Young?Aku mengigit bibirku.


Aaaa....watak Taemin & Hyun Chul (Karam) DGNA akan muncul dalam chapter lain,but aku still tak rancang lagi...kekeke...oh ya,btw,Kim Hyun Joong jadi abang Jaejoong,and,Jae Kyung (Rainbow) sebagai adik Jaejoong :D

Comments

Popular Posts