Eternal Love : Chapter 25







Dbsk- You Only Love


Chapter 25:My Love

Jaejoong POV

Aku mahu In Young memanggilku,sebagai Jaejoong.Bukannya cikgu,kerana aku adalah teman lelakinya.Aku tidak mahu kami menjarakkan hubungan kami,hanya kerana dia seorang pelajarku.

“Ne.Arasso...Jaejoong,” kata In Young.Aku tersenyum dengan bahagia.

Dia mungkin sedang menelefon bosnya.Menanyakan tentang cutinya itu.Aku sebenarnya menyuruh Yoochun memberitahu pada bos In Young supaya memberi cuti padanya.

Aku mendapat tahu tentang bos In Young itu,daripada Key dan Hyun Ki,yang tahu tempat In Young bekerja.

Hari ini aku akan memasak bubur untuknya.Aku ingin membuktikan,bahawa akulah Young Woong,yang dia katakan.

“In Young-ah...” panggilku dengan lembut. “Hmm?”

“Saranghaeyo...” ucapku dengan ikhlas dari hatiku.

Dia diam,tidak memberi reaksi.Dia hanya menyuru aku memandu semula. “Park In Young!Saranghaeyo!” jeritku dengan kuat. “Yah!Kim Jaejoong!” dia memukul lenganku.

Aku ketawa,tangan kiriku mengelus lembut pipinya.Sudah lama aku tidak membelai pipinya itu.Dia membiarkan perlakuanku itu.Tidak memprotes langsung.

Aku mendekatkan wajahku dengan wajahnya.

“Jaejoong!Ingat awak tengah drive!” marah In Young.Aku ketawa lagi. “It’s okay.Kereta ni automatik!” balasku,sekali lagi mendekatkan wajahku dengan wajahnya.

In Young menutup matanya,dengan rapat.Aku mencium pipi kanannya. “I’ll always love you,Park In Young.” bisikku selepas itu.Dia membuka matanya,dan memandangku.

Really?” tanyanya,dengan matanya yang merah.

“Ne.Always.” balasku.

I don’t believe it.Prove to me...” katanya.Aku mengeluh. “Okay.I’ll show you after this,” aku memberikan senyuman yang tidak dapat dia tafsirkan.Aku merancang sesuatu di fikiran.

*****
Your POV

Aku tidak mahu percaya,aku perlukan bukti.Masihkah dia mencintai aku?Adakah aku juga mencintai dia lagi?

Dia memberikan senyuman yang tidak dapat aku tafsirkan.Menakutkan.

*****

Cikgu Kim,atau yang sepatutnya sekarang ini aku panggil sebagai Jaejoong,membawa aku masuk ke sebuah rumah yang agak besar.Besarnya sama seperti rumah keluargaku.

“Ni rumah yang saya kongsi dengan budak-budak tu,” kata Jaejoong,sambil menunjukkan ke arah Yunho,Junsu,Changmin dan Yoochun yang memeluk tubuh.



Aku duduk di ruang tamu.Aku lihat frame gambar yang terletaknya gambar mereka berlima.Jaejoong yang masih dengan rambut hitamnya,blonde,coklat...dan sekarang ini,menjadi hitam semula.



Ada sebuah album berisi gambar.Aku menyelak halaman album itu.Gambar mereka berlima.Sewaktu di konsert,dan bermacam-macam lagi.Aku tertarik dengan gambar Jaejoong yang bergambar di belakang Eiffel Tower di Paris.

Aku teringatkan show Bonjour Paris,di mana menunjukkan kesemua ahli Tohoshinki bersiar-siar di sekitar Paris,untuk photobook mereka.

Jaejoong kelihatan seperti kanak-kanak,kerana sikapnya dalam show itu yang membuatkan aku terlalu dan semakin jatuh cinta padanya.Sekarang pun,sikapnya masih ada,mungkin...

“Kenapa senyum sorang-sorang?” tanya Jaejoong,dia sudah duduk di sebelahku.

Pakaiannya sudah bertukar.Dia hanya memakai t-shirt dan seluar slack.Dia masih kelihatan kacak dalam pakaian itu. “Saya ni hansem kan?” kata Jaejoong.Aku membuat reaksi hendak muntah.

“Hey!” dia marah padaku.Aku ketawa.

“Wahh...romantiknya korang!” Yoochun dan Yunho serentak berkata.Aku menjarakkan diriku dengan Jaejoong,aku menyelak halaman album itu.

“In Young-ah,Young Jae tu anak Hye Young noona ke?” Yoochun menanya dengan secara tiba-tiba.Aku terkedu.Terkaku di situ.

“Bukan,” jawabku.

“Comel betul budak tu.” kata Yoochun. “Anak angkat?” teka Jaejoong pula.Aku menggeleng. “Korang tak payahlah tahu,” balasku dengan dingin.

Jaejoong memegang tanganku,matanya memandang mataku.Aku cuba mengelak dari mataku memandang matanya.Aku takut dia tahu yang aku menipunya.

Dia bangun dan menuju ke dapur mungkin...

Aku bangun,mengikuti dia.

Dia mengeluarkan bahan dari peti sejuk.Aku duduk di kaunter dapur. “Need a help?” aku ingin menawarkan pertolongan. “It’s okay.I want to cook by myself,special for you,” balas Jaejoong dengan senyuman.

Aku mengangguk,akur dengan kehendaknya.

Aku duduk dan menongkat daguku.Dia sedang masak,dan dia nampak sungguh...berkarisma sewaktu memasak.



How’s your life without me?

“Hmm...hampir putus asa untuk hidup.Saya juga tak faham kenapa awak tinggalkan saya.Tapi,rupanya kerana kontrak yang tak berapa nak logik tu,” aku membalas.

Dia duduk di sebelahku. “Saya minta maaf.Sangat-sangat.Saya takkan tinggalkan awak lagi,” dia memegang tangan kananku,sebelum mencium tanganku itu.

Aku tidak berkata apa-apa.

“Awak berdendam dengan saya?” tanya Jaejoong.Aku mengangkat bahu.Tidak tahu.

“Saya gembira,selepas dapat tahu yang awak ialah Park In Young,yang saya rindui selama ini.Awak takkanlah tak gembira dengan pertemuan kita ni?” dia memandangku dengan pandangan yang sayu.

Aku merapatkan diriku dengannya.Aku meletakkan wajahku di bahunya.Bau minyak wanginya menusuk ke hidungku.Aku suka akan bauan itu.Menenangkan.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana,” kataku dengan perlahan.

“Ianya sungguh tidak dijangka.Mulanya,saya hanya kenali awak sebagai Cikgu Kim Jaejoong.Bukannya Young Woong.Hati saya pernah terdetik,yang wajah awak seakan Young Woong,tanpa saya ketahui awaklah Young Woong,yang saya tunggu.” sambungku.

“Dulu,saya rasa macam saya ni tak berguna,sebab awak tinggalkan saya tanpa alasan yang kukuh.Awak cuma tamatkan hubungan kita begitu saja.Sekarang baru saya tahu sebab apa...tapi,saya harap awak takkan tinggalkan saya lagi,untuk kali kedua,” aku berkata lagi.

Dia memeluk pinggangku,sebelum menghadiahkan sebuah ciuman di dahiku. “Mianhae.Jeongmal mianhaeyo...” bisik Jaejoong di telingaku.

Aku mengangguk. “Saya maafkan awak,”

Dia mengucapkan terima kasih,dan bangun,untuk melihat bubur yang telah masak.

“Macam sedap je,hyung!” seperti biasa,Changmin muncul dengan sengihan di bibirnya.Aku ketawa kecil. “Memang macam sedap,sedap kau nak makan kan?” perli Jaejoong.

“Ish...hyung ni,macamlah tak kenal siapa saya ni,” sengih Changmin.

“Aigoo...kesian siapa yang jadi kekasih dia...” kata Jaejoong,tanpa melihat Changmin.

“Hyung!Tak baik cakap macam tu!” Changmin memuncungkan bibirnya.

Aku menjadi pemerhati antara mereka.Jaejoong duduk di sebelahku,dan meletakkan semangkuk bubur yang juga telah disediakan sudu.Aku menggosok tanganku.

“Hyung!Nak makan jugak!” rayu Changmin.

“Masak sendirilah!” ujar Jaejoong.

Aku menyuap bubur ke mulutku.Aku meletakkan sudu. “Kenapa,tak sedap ke?” dengan cemas dia menyoal.

“Aniyo...ianya masih sama seperti dulu.Masih sedap!” aku memberitahu.Dia mencubit pipiku. “Thanks,my love,” ucap Jaejoong. “You always welcome,Jaejoong,” balasku,dengan senyuman.

Changmin duduk di depanku.

Dia masih memuncungkan mulutnya.Aku menolak mangkuk bubur itu padanya.Namun,dihalang oleh Jaejoong.Changmin yang baru saja hendak mengambil mangkuk itu,terus menjeling Jaejoong.

Jaejoong meletakkan semangkuk bubur di hadapan Changmin. “Makanlah,food monster!”

Changmin tersengih semula.Dia terus makan tanpa mempedulikan yang ada di depan mereka.

Aku sudah menghabiskan bubur yang dimasak oleh Jaejoong.Aku bangun dan berjalan ke singki.Aku membasuh mangkuk dan sudu yang digunakan.

“Saya nak balik dulu.” beritahuku,sebelum melangkah ke ruang tamu untuk mengambil beg sekolahku.

“Kenapa cepat sangat nak balik?” Jaejoong berdiri di hadapanku. “Saya nak teman Young Jae.” kataku.

Ah!Aku lupa hendak memberitahu pada mummy yang aku pulang lambat!Aku menepuk dahi. “Apa kata,kita ajak Young Jae datang sini?” cadang Junsu,yang muncul entah dari mana.

Yoochun mengangguk,tanda setuju.

“Tak payahlah.Lagipun,nanti Young Jae nak pergi makan aiskrim,” aku memberi alasan. “Okeylah.Saya hantar awak balik,” kata Jaejoong dengan mendatar.

Dia marah ke?

Aku mengambil beg sekolahku,dan mengucapkan selamat tinggal pada Junsu,Yoochun,Yunho dan Changmin. “Nanti datanglah lagi!” kata Changmin dan Junsu secara serentak.

Aku hanya gelak,tanpa memberi jawapan.


Harhar -.- Aku merepek je dalam chapter ni *sigh*

Comments

Popular Posts